Selasa, 1 September 2009

APAKAH KITA SEBENARNYA SEORANG MUSLIM??...

Ada beberapa kalimah yang sering bermain di bibir setiap orang, kecil atau besar, tetapi
tidak ramai di kalangan mereka yang memahami dengan mendalam dan sungguhsungguh
akan pengertian kalimah-kalimah itu.
Dan oleh kerana terlampau banyak dipertuturkan maka dengan sendirinya terbentuklah
suatu pengertian secara singkat di fikiran setiap orang. Bila seseorang menyebut
kalimah tersebut maka pengertian itulah yang dimaksudkan olehnya; dan begitu juga
bila seseorang mendengar ianya disebut maka yang segera terlintas di fikirannya ialah
pengertian yang sempit itu juga, sedangkan makna dan ertinya yang tepat dan padat
masih lagi kabur di kalangan golongan terpelajar, apa lagi di kalangan golongan awam
yang jahil.

Umpamanya dua kalimah "ISLAM" dan "MUSLIM", alangkah larisnya ia diucapkan.
Tetapi berapa ramaikah di kalangan mereka yang menyebutnya itu yang merasakan
dengan sungguh-sungguh pengertian yang terkandung di dalam dua kalimah itu. Berapa
ramaikah di kalangan mereka yang mendengarnya yang memahami dengan mendalam
apa yang tersirat dari maksudnya.
Sesungguhnya di kalangan orang muslimin sendiri - belakangkan yang bukan muslimin -
99% bahkan lebih ramai lagi yang mendakwa diri mereka muslim dan mengaku agama
mereka Islam, tetapi mereka tidak mengetahui apakah dia muslim dan apakah dia Islam
yang sebenarnya.
Maka hari ini marilah kita mengambil sedikit waktu untuk memahami dua kalimah ini.

Jika anda melihat kepada gelagat manusia dari segi i'tikad dan amalan, anda akan dapati
mereka kebanyakannya terbahagi kepada tiga golongan.
Pertama: Orang yang dengan terang-terang mengagungkan kebebasan berfikir dan
beramal. Setiap perkara dalam hidup mereka hanya berpegang kepada pendapat
mereka sendiri dan hanya yakin pada apa yang diputuskan oleh fikiran mereka. Cara
bekerja bagi mereka ialah apa yang pada pandangan mereka betul. Mereka tidak
mempunyai hubungan langsung dengan mana-mana agama dan tidak mengikutinya.

Kedua: Terdiri dari orang-orang yang zahirnya berpegang pada suatu agama yang
tertentu, tetapi pada hakikatnya mereka mematuhi pendapat dan fikiran mereka sendiri.
Mereka tidak pernah merujuk kepada agama untuk mengambil pegangan-pegangan
atau peraturan hidup. Kadang-kadang mereka mengambil setengah pegangan mengikut
kehendak hawa nafsu, kecenderungan dan keperluan diri dan hidup mereka. Mereka
bekerja dengan cara sendiri kemudian cuba menyesuaikan agama mengikut rekaan
mereka.
Maka mereka pada hakikatnya bukan penganut agama, tetapi agama yang menjadi
penganut hawa nafsu mereka.

Ketiga: Terdiri dari golongan yang tidak mempergunakan akal mereka, malah
memberhentikannya langsung. Lalu mereka pun merangkaklah di belakang manusia
dengan mengikut mereka secara membabi-buta; sama ada manusia-manusia itu datuk nenek mereka atau orang-orang yang semasa dengan mereka. Sayyid Abu al-A’la Al-Maududi 3
bersambung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan