Rabu, 23 September 2009

JOM PUASA LAGI!!!

Disunnahkan oleh syara mengiringi puasa di bulan Ramadan dengan berpuasa enam hari di dalam bulan Syawal.seperti mana sabda Rasulullah
عَنْ اَبِيْ اَيُّوْبَ اْلاَنْصَارِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّىاللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ اَتْبَعَهُ سِتَّا مِنْ شَوَّالِ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ.
“Dari Abi Ayub al-Ansari radiallahu ‘anhu: Bahawa Rasulullah bersabda: Barangsiapa berpuasa ramadan kemudian diikuti puasa enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti puasa setahun”.

Jumaat, 18 September 2009

TAUBAT NASUHA PELENGKAP TAQWA

Kini kita hampir meninggalkan Ramadan. Bermakna dalam tempoh sebulan ini, kita telah berjaya mematuhi perintah, hukum hakam, dan semua peraturan Allah SWT berkait dengan perintah berpuasa. Kini kita semua sudah boleh membuat penilaian dan pengukuran prestasi puasa sama ada berada ditahap cemerlang, memuaskan, baik, kurang baik atau amat lemah.

Mengikut sunnatullah atau ‘standard’ piawaian Allah SWT, puasa Ramadan selama sebulan ini adalah cukup untuk memperbaiki dan mengukuhkan akhlak ummahnya. Sekiranya terdapat para jemaah atau muslim tidak berupaya melakukan perubahan kepada diri sendiri dalam bulan yang berkat ini, maka ia adalah satu kerugian besar.

Justeru dalam hari-hari terakhir Ramadan yang berkat dan ketika pintu taubat masih terbuka luas, maka marilah kita menutup tirai Ramadan dengan melakukan taubat nasuha bagi memantapkan lagi ketakwaan kita. Taubat nasuha adalah taubat yang tertinggi darjatnya di sisi Allah SWT.

Taubat nasuha ialah taubat yang murni di mana seseorang itu bertaubat daripada dosa yang dilakukannya dahulu atau sekarang. Mereka benar-benar menyesal dan berjanji untuk tidak mengulanginya lagi. Apa yang jelas sepanjang bulan Ramadan kita memohon keampunan Allah yang Maha Penyayang diikuti dengan amal soleh. Selain itu, kita juga dapat bermaaf-maafan dengan saudara seislam sepanjang menghadiri solat berjemaah di masjid dan surau.

Firman Allah SWT dalam surah at-Tahrim ayat 8:
َا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَّصُوحًا عَسَى رَبُّكُمْ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يَوْمَ لَا يُخْزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ نُورُهُمْ يَسْعَى بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴿۸


Maksudnya: “Hai orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka; mereka berkata: Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah cahaya bagi kami dan ampunlah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”

Berdasarkan ayat tadi, taubat nasuha adalah taubat yang benar dan bersungguh-sungguh. Oleh itu bagi memastikan taubat itu adalah nasuha, maka beberapa syarat hendaklah dipatuhi iaitu:

Pertama: Meninggalkan terus segala perkara maksiat sama ada kecil atau besar.
Kedua: Menyesal atas segala dosa yang lalu.
Ketiga: Bertekad untuk tidak mengulangi semula dosa-dosa tersebut.

Ketiga-tiga syarat tadi adalah bagi dosa kita dengan Allah SWT, tetapi bagi dosa kita sesama manusia pula di tambah syarat yang keempat iaitu wajib memohon kemaafan sebagai cara bertaubat. Sekiranya salah satu syarat ini tercicir, nescaya tidaklah dinamakan taubat nasuha. Bagi mengawal tanda aras taubat nasuha ini, sesetengah ulama ada mengatakan bahawa hendaklah ditambah syarat kelima iaitu ikhlas kerana Allah SWT barulah ia lebih sempurna.Moga-moga amalan kita diterima Allah dan diberikan ganjaran pahala yang BESAR..Amin…

Isnin, 14 September 2009

KURMA, KOTIEW DAN MEE KUNING !!!

KURMA, KOTIEW DAN MEE KUNING
Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah ke mesjidil Aqsa. Untuk bekal di perjalanan, ia membeli 1 kg kurma dari pedagang tua dekat mesjidil Haram. Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma tergeletak dekat timbangan. Menyangka kurma itu bagian dari yang ia beli, Ibrahim memungut dan memakannya. Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al Aqsa. 4 Bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa. Seperti biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah pada sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra. Ia shalat dan berdoa khusuk sekali. Tiba tiba ia mendengar percakapan dua Malaikat tentang dirinya.
"Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara yang doanya selalu dikabulkan ALLAH SWT," kata malaikat yang satu.
"Tetapi sekarang tidak lagi. doanya ditolak karena 4 bulan yg lalu ia memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua di dekat mesjidil haram," jawab malaikat yang satu lagi.
Ibrahim bin Adham terkejut sekali, ia terhenyak, jadi selama 4 bulan ini ibadahnya, shalatnya, doanya dan mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWT gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya. "Astaghfirullahal adzhim" Ibrahim beristighfar.
Ia langsung berkemas untuk berangkat lagi ke Mekkah menemui pedagang tua penjual kurma. Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah ditelannya. Begitu sampai di Mekkah ia langsung
menuju tempat penjual kurma itu, tetapi ia tidak menemukan pedagang tua itu melainkan seorang anak muda. "4 bulan yang lalu saya membeli kurma disini dari seorang pedagang tua. kemana ia sekarang?" tanya Ibrahim.
"Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang meneruskan pekerjaannya berdagang kurma" jawab anak muda itu. "Innalillahi wa innailaihi roji'un, kalau begitu kepada siapa saya meminta penghalalan ?". Lantas ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, anak muda itu mendengarkan penuh minat.
"Nah, begitulah" kata ibrahim setelah bercerita, "Engkau sebagai ahli waris orangtua itu, maukah
engkau menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur ku makan tanpa izinnya?".
"Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan. Tapi entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang. Saya tidak berani mengatas nama kan mereka karena mereka mempunyai hak waris sama dengan saya."
"Di mana alamat saudara-saudaramu ? biar saya temui mereka satu persatu." Setelah menerima alamat, ibrahim bin adham pergi menemui. Biar berjauhan, akhirnya selesai juga. Semua setuju
menghalakan sebutir kurma milik ayah mereka yang termakan oleh ibrahim. 4 bulan kemudian, Ibrahim bin adham sudah berada di bawah kubah Sakhra. Tiba tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu terdengar lagi bercakap cakap. "Itulah ibrahim bin adham yang doanya tertolak gara
gara makan sebutir kurma milik orang lain." "O, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, ia
telah mendapat penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu.Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran sebutir kurma yang haram karena masih milik orang lain. Sekarang ia sudah
bebas." Apabila anda mempunyai teman atau saudara yang anda sayangi .Oleh sebab itu
berhati-hatilah dgn makanan yg masuk ke tubuh kita, sudah halal-kah? lebih baik tinggalkan bila
ragu-ragu..."
Menurut Al-Qaradawi:Halal bermakna sesuatu yang dibolehkan atau yang diharuskan yang telah gugur ikatan bahaya dan dibenarkan oleh syara’ (Islam)Ayat 114 – 116 Surah Al-Nahl)
فَكُلُواْ مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ حَلَـلاً طَيِّباً وَاشْكُرُواْ نِعْمَتَ اللَّهِ إِن كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالْدَّمَ وَلَحْمَ الْخَنْزِيرِ وَمَآ أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلاَ عَادٍ فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ وَلاَ تَقُولُواْ لِمَا تَصِفُ أَلْسِنَتُكُمُ الْكَذِبَ هَـذَا حَلَـلٌ وَهَـذَا حَرَامٌ لِّتَفْتَرُواْ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ لاَ يُفْلِحُونَ

Maksudnya :114. oleh itu, makanlah (Wahai orang-orang Yang beriman) dari apa Yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda Yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.
115. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang Yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda Yang dimakan itu, maka tidaklah ia berdosa), Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
116. dan janganlah kamu berdusta Dengan sebab apa Yang disifatkan oleh lidah kamu: "Ini halal dan ini haram", untuk mengada-adakan sesuatu Yang dusta terhadap Allah; Sesungguhnya orang-orang Yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya.
Peringatan buat diriku dan seluruh imat Islam khususnya yang tinggal di sandakan sabah.Sepanjang penilitian yang dibuat saya setakah ini belum ada kotiew yang diusahakan oleh orang Islam di sini.Mee kiningnya hanya ada 2 pengusaha Muslim sahaja di sini.Jadi apakah kotiew dan Mee kuning yang kita makan di restoran itu halal? Ingatlah jika Ibrahim yang hebat amal ibadahnya pun tergantung amalannya dek kerana termakan sebiji kurma yang bukan kepunyaannya (tidak halal)macam mana pula dengan kita yang makan dah berkilo2 kotiew dan mee kuning?ini belum diambil kira dengan makanan yang kita beli dipasaran adakah kita teliti dengan logo halal dan isi kandungan bahannyaBerhati-hatilah dengan makanan kita seharian kerana ia dapat mempengaruhi amalan dan ibadah kita kepada Allah.
BAGAIMANA SIKAP ANDA TERHADAP MAKANAN HALAL YANG DISEDIAKAN OLEH SYARIKAT ATAU INDIVIDU NON-MUSLIM???ISU UTAMA:HALAL JADI SYUBHAH.HALAL + SYUBHAH = HARAM!!!

Jumaat, 11 September 2009

JOM AMBIK BONUS…!
Hari ini adalah hari yang ke 22 kita berada di dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak pada tahun ini. Ini bermakna sudah 2/3 ramadhan berlalu meninggalkan kita hanya tinggal lagi 8 hari untuk kita meneruskan ibadah yang mulia ini dengan merebut segala baki gamjaran-ganjaran yang Allah telah jan jikan kepada Umat nabi Muhammad S.A.W.adak
عن ابن عمر رضى الله عنهما قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يعتكف العشر الأواحر من رمضان
متفق عليه
Daripada Inbu Umar R.A berkata : Bahawasanya Rasulullah beriktikaf pada 10 malam terakhir pada bulan ramadhan. ( hadis Bukhari & Muslim )Di antara rangkaian ibadah dalam bulan suci Ramadan yang sangat dipelihara sekaligus diperintahkan (dianjurkan ) oleh Rasulullah s.a.w adalah iktikaf. Setiap muslim dianjurkan (disunatkan) untuk beriktikaf di masjid, terutama pada 10 hari terakhir bulan Ramadan.Sabda Rasulullah :

Apabila kerajaan mengumumkan ada sebahagian kakitangan awam akan doberi kan bonus ada yang senyum gembiradan ada juga yang kecewa.Sudah tentu yang kecewa itu bagi mereka-mereka yang dikecualikan daripada mendapat bonus.Ayuh jangan kita lupa Allah yang Maha Pemurah juga telah mengumumkan bonus kepada kita di 10 terakhir Ramadhan dengan hadiah yang lumanyan iaitu digandakan segala amalan kebaikan seumpama melakukan ibadah sebanyak 1000 malam paling malas pun solat isyak berjamaah & tarawikh serta bertadarus ..Jadi jangan lagi bersedih dengan bonus dunia yang bersifat sementara sahaja…

Lakukan yang terbaik untuk mendapat bonus daripada Allah…
Alla hu Akbar…

Sabtu, 5 September 2009

INGATLAH!!! 5 PERKARA YANG BOLEH MENGHAPUSKAN PAHALA PUASA KITA...

PERKARA yang boleh menghilangkan pahala puasa seseorang boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu Hissiyyah (jelas dan diketahui umum) dan Maknawiyyah (tidak disedari). Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Lima perkara yang merosakkan pahala puasa seseorang”.
 Menipu – ia satu daripada sifat orang munafik. Nabi SAW ditanya adakah wajar bagi seorang dikatakan pengecut? Jawab Nabi SAW: Ya. Adakah wajar dikatakan kedekut? Jawab Nabi SAW: Ya. Adakah wajar dikatakan penipu? Maka Nabi SAW menjawab: Tidak.
 Mengumpat – iaitu menyebut keburukan seseorang pada waktu ketiadaannya. Bagi mereka yang bersama-sama di dalam majlis itu juga dikira dosa. Firman Allah SWT kepada yang menyebut keburukan orang lain bermaksud: “Sanggupkah kamu memakan daging saudaramu sendiri (Al-hujurat: 12).
 Saksi palsu – Ia boleh mengubah yang benar menjadi salah, begitu juga sebaliknya .Tatkala Nabi SAW ditanya mengenai sebesar-besar dosa di sisi Allah SWT. Nabi menjawab: Syirik (menyengutu Allah), derhaka kepada kedua orang tua. Ketika itu Nabi SAW berbaring lalu bangun dan berkata: “Berhati-hati dengan saksi palsu”. Sehingga sahabat yang bertanya berkata:
” Alangkah baiknya jika kami tidak bertanya”.
 Sumpah dusta – Iaitu bersumpah dengan nama Allah SWT sedangkan dia mengetahui itu adalah dusta semata-mata. Sumpah inilah yang menggoncangkan Arash Allah SWT. Sumpah dusta akan menghancurkan rumah tangga, harta benda dan keturunan (Maksud hadis). Nabi SAW menceritakan bahawa Nabi Isa AS melihat seorang lelaki mencuri lalu bertanya kepadanya: “Kenapa kamu mencuri? Lelaki itu menjawab: “Demi Allah aku tidak mencuri”. Apabila Isa AS mendengar lelaki tadi bersumpah dengan nama Allah, maka nabi Isa AS menjawab: “Kamu di pihak yang benar dan sesungguhnya mataku yang berdusta (Demi mengagungkan nama Allah).
Malik bin Dinar (seorang Wali Allah) ketika berjalan di kota Baghdad, beliau melihat seorang pemuda mabuk menyebut nama Allah SWT. Malik berkata: “Adakah wajar kalimah Allah SWT keluar dari mulut seorang yang mabuk? Lalu diambil secebuk air dan membasuh mulut lelaki itu. Ketika tidur beliau mendengar ucapan berbunyi: “Wahai Malik, kamu sudah membersihkan mulutnya kerana kami lalu kami bersihkan hatinya kerana mu. Ketika beliau memasuki sebuah masjid untuk menunaikan solat subuh, maka terpandang seorang lelaki sedang menangis. Apabila didekati itulah lelaki yang mabuk semalam. Malik bertanya: “Apakah gerangan kamu wahai saudara? Jawab lelaki itu: “Sesungguhnya yang memberi hidayah kepadaku sudah memberitahu mu mengenai aku semalam. Allahuakbar.
 Melihat perkara yang diharamkan juga akan menghilangkan pahala puasa. Firman Allah SWT dalam sebuah hadis qudsi. “Pandangan adalah panahan beracun daripada pandangan iblis, sesiapa yang meninggalkannya kerana-Ku, akan Ku-gantikan padanya kemanisan iman di dalam hatinya. Sabda Nabi SAW kepada Saidina Ali: “Wahai Ali, tidaklah berlaku dua pandangan di mana pandangan pertama adalah untukmu dan pandangan yang kedua akan disoal oleh Allah SWT.
Semoga kita semua dipelihara Allah daripada 5 perkara di atas;amin....

Khamis, 3 September 2009

catatan

ANTARA HADIS SAHIH MENGENAI PUASA ..BERAMALLAH DENGANNYA!!!

- Daripada Abu Said al-Khudri ra berkata, bersabda Rasulullah saw: “Tidak ada seorang hamba yang berpuasa sehari dijalan Allah kecuali Allah akan menjauhkannya dengan api neraka sejarak tujuh puluh tahun perjalanan”. (Hadith sahih riwayat al-Bukhari (6/35), Muslim (1153).

- Daripada Uthman bin Abi al-‘As, telah bersabda Rasulullah saw: “Puasa itu perisai, yang akan melindungi seseorang hamba daripada api neraka”. (Hadith sahih riwayat Ahmad (4/22).

- Daripada Abu Umamah ra berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah saw: Ya Rasulullah! Tunjukkan kepadaku satu amalan yang membolehkan aku memasuki syurga dengannya. Maka Rasulullah saw bersabda: “Hendaklah kamu berpuasa, tiada lagi yang seumpamanya”. (Hadith riwayat al-Nasai’ (4/165), Ibn Hibban dan al-Hakim (1/421) dan sanadnya adalah sahih).

Bulan Ramadhan juga mempunyai pelbagai kelebihannya yang tersendiri. Antaranya ialah sepertimana yang telah dijelaskan oleh junjungan besar Rasulullah saw di dalam hadith sahih yang bermaksud: “Apabila datangnya Ramadhan akan dibuka pintu-pintu syurga, dan ditutup pintu-pintu neraka, dan dibelenggu syaitan-syaitan”. (Hadith riwayat al-Bukhari (4/97), Muslim (1079).

Selain itu, telah dimaklumi bahawa di dalam bulan ini jugalah telah diturunkan al-Quran dan disediakan suatu peluang sebagai anugerah istimewa kepada hamba-hambaNya yang terpilih dengan Lailat al-Qadr. Firman Allah swt yang bermaksud: ((Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan daripada petunjuk dan perbezaan (antara yang haq dan batil)). (al-Baqarah: 185)

bersama-samalah kita menjaga diri kita daripada melakukan pembohomgan terhadap Rasulullah S.A.W..semoga kita semua mendapat rahmat Allah dan Rasul Nya di hari akhirat kelak..amin..

Selasa, 1 September 2009

APAKAH KITA SEBENARNYA SEORANG MUSLIM??...

Ada beberapa kalimah yang sering bermain di bibir setiap orang, kecil atau besar, tetapi
tidak ramai di kalangan mereka yang memahami dengan mendalam dan sungguhsungguh
akan pengertian kalimah-kalimah itu.
Dan oleh kerana terlampau banyak dipertuturkan maka dengan sendirinya terbentuklah
suatu pengertian secara singkat di fikiran setiap orang. Bila seseorang menyebut
kalimah tersebut maka pengertian itulah yang dimaksudkan olehnya; dan begitu juga
bila seseorang mendengar ianya disebut maka yang segera terlintas di fikirannya ialah
pengertian yang sempit itu juga, sedangkan makna dan ertinya yang tepat dan padat
masih lagi kabur di kalangan golongan terpelajar, apa lagi di kalangan golongan awam
yang jahil.

Umpamanya dua kalimah "ISLAM" dan "MUSLIM", alangkah larisnya ia diucapkan.
Tetapi berapa ramaikah di kalangan mereka yang menyebutnya itu yang merasakan
dengan sungguh-sungguh pengertian yang terkandung di dalam dua kalimah itu. Berapa
ramaikah di kalangan mereka yang mendengarnya yang memahami dengan mendalam
apa yang tersirat dari maksudnya.
Sesungguhnya di kalangan orang muslimin sendiri - belakangkan yang bukan muslimin -
99% bahkan lebih ramai lagi yang mendakwa diri mereka muslim dan mengaku agama
mereka Islam, tetapi mereka tidak mengetahui apakah dia muslim dan apakah dia Islam
yang sebenarnya.
Maka hari ini marilah kita mengambil sedikit waktu untuk memahami dua kalimah ini.

Jika anda melihat kepada gelagat manusia dari segi i'tikad dan amalan, anda akan dapati
mereka kebanyakannya terbahagi kepada tiga golongan.
Pertama: Orang yang dengan terang-terang mengagungkan kebebasan berfikir dan
beramal. Setiap perkara dalam hidup mereka hanya berpegang kepada pendapat
mereka sendiri dan hanya yakin pada apa yang diputuskan oleh fikiran mereka. Cara
bekerja bagi mereka ialah apa yang pada pandangan mereka betul. Mereka tidak
mempunyai hubungan langsung dengan mana-mana agama dan tidak mengikutinya.

Kedua: Terdiri dari orang-orang yang zahirnya berpegang pada suatu agama yang
tertentu, tetapi pada hakikatnya mereka mematuhi pendapat dan fikiran mereka sendiri.
Mereka tidak pernah merujuk kepada agama untuk mengambil pegangan-pegangan
atau peraturan hidup. Kadang-kadang mereka mengambil setengah pegangan mengikut
kehendak hawa nafsu, kecenderungan dan keperluan diri dan hidup mereka. Mereka
bekerja dengan cara sendiri kemudian cuba menyesuaikan agama mengikut rekaan
mereka.
Maka mereka pada hakikatnya bukan penganut agama, tetapi agama yang menjadi
penganut hawa nafsu mereka.

Ketiga: Terdiri dari golongan yang tidak mempergunakan akal mereka, malah
memberhentikannya langsung. Lalu mereka pun merangkaklah di belakang manusia
dengan mengikut mereka secara membabi-buta; sama ada manusia-manusia itu datuk nenek mereka atau orang-orang yang semasa dengan mereka. Sayyid Abu al-A’la Al-Maududi 3
bersambung