Selasa, 6 Oktober 2009

KAMU BOLEH BERJAYA, BI IZNILLAH !!!

3Xربنا عليك توكلنا واليك انبنا واليك المصير
Itulah antara doa yang kami panjatkan kepada Allah pada pagi ini bertujuan untuk memohon dipermudahkan kepada pelajar-pelajar kami( SMK ELOPURA 2, SANDAKAN ) menjawab dalam peperiksaan (PMR) pada pagi ini.Bacaan doa ini kami akan lakukan setiap pagi sebelum peperiksaan bermula.
Aku memberitahu kepada pelajar bahawa sebagai umat Islam kita tidak boleh hanya bergantung harapan kepada usaha semata kerana tanpa izin Allah mustahil usaha yang kita lakukan akan menjamin untuk kita mendapat apa yang kita impikan.
Aku memberitahu pelajarku bahawa doa yang kita pohon juga agak mustahil untuk Allah perkenankan sekiranya tiada usaha yang dilakukna oleh pelajar.Pihak sekolah sudah sedaya mungkin melakukan pelbagai usaha yang termampu untuk menjayakan pelajar di dalam bidang yang mereka ceburi diperingkat sekolah seprti kelas tambahan yang melibatkan semua guru pulang lambat, paling awaljam 3.00 kadang-kadang hingga 5.00 petang.Tetapi sekiranya kamu tidak berusaha, hanya bergantung usaha pihak sekolah maka hasilnya agak sukar untuk mencapai kecemerlangan kerana Allah tidak akan membentu kamu jika kamu tidak berusahamembantu diri kamu sendiri. Firman Allah yang
﴿.. إن الله لايغير مابقوم حتى يغيروا مابأنفسهم ﴾

Yang bermaksud : “ Seseunngunya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa/kaum sekiranya mereka tidak berusaha untuk mengubahnya”
Dan juga ada pepatah yang mengakatan ( من جد وجد )
Yang bermaksud “ sesiapa yang berusaha maka dia yang akan berjaya”

Amiiin moga-moga kita semua berjaya…!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan